Wednesday, July 20, 2011

siapa aku...

aku adalah sampah
hanya menyemakkan mata...
bau busuk yang teramatnya,
aku hanya sampah..
akan dilonggok dalam tong sampah
segala himpunan sampah bermacam ada..
busuk, berulat dan tiada rasa
mata memandang membulat cuma,
jijik, geli geleman tiada INDAH
tiada langung ingin menyinggah
hanya sampah.
kosong ertinya..di bawa langsung tiada...
hanya bau mengikut ke mana
aku hanya sampah
dikutip bila perlu
diludah bila hanya tinggal sepah..
aku hanya sampah yang tiada apa-apa

Friday, July 15, 2011

malam airmata..

baru minggu lalu, aku rasa aku bahagia yg teramat. yala, aku berada di sisi orang tersyg, aku berada di samping seorang yang sgt2 aku rindui. aku fikir itu semua atas kehendak tuhan juga, saat aku perlukan ssorg yang boleh mendengar mslh aku, memerlukan seseorng tempat aku meluah rasa aku, berkongsi perasaan aku..alhamdulillah..aku diberi peluang bersamanya..terima kasih tuhan. setelah hampir seminggu bersama2, berkongsi cerita, berkongsi rasa, suka duka..aku tahu, dia pun turut memerlukan seoarang tempat meluahkan perasaan dia..aku tiada dendam, tidak marah dgn apa berlaku..dan aku sendiri menerima dan terus menerima....ya ALLAH
aku fikir, aku tak akan ditipu lagi...kerana aku sudah menjadi kawan baiknya..
tuhan..:'(
di sebaliknya semuanya itu, keercayaan yg aku berikan hanyaah satu kesempatan, walaupun aku cuma seorang shbt atau kwn baik, aku mahu keercayaan aku itu di hargai..namun sebaliknya..hatiku hanya di jaga dgn ayat2 manis, janji2 kosong...ya ALLAH..sedihnya hati ini..ENGKAU sahaja yang tahu...
aku sendiri tidak faham..kenapa dan mengaa aku diperlakukan begini hingga saat ini..kenapa aku selalu menjadi mangsa untuk terus dipermainkan..kenapa kebaikkan aku tidak pernah dihargai..kenapa aku ingin terus dilihat sengsara..kenapa:'( kenapa aku mahu dijatuhkan oleh pihak yang aku terlalu percayai..kenapa :'(
kenapa aku terus di tipu begini
aku tidak dan tidak mampu lagi...
kenapa aku terus di tipu begini
apakah aku memang hendka dihancur dan di musnahkan terus..
mereka,
kenapa mereka tidak ingin cuba memahami aku
kenapa mereka tidak berhenti untuk memainkan persaanku...
tidak kah mereka melihat aku juga punya hati..aku juga manusia yg punya jiwa, rasa
kenapa mereka terlalu kejam untuk menghukum aku begini..:'(
aku telah berlaku jujur dgn hidupku..
bertolak ansur, mempercayai...tiada dendam..
kenapa mereka harus mempermainkan aku...? kenapa ?:'(

Thursday, July 14, 2011

metafora hidup..dr tulisan seorg shbt

aku tak pernah tahu
masih seberapa banyak sisa waktuku
untuk mengejar bayangan wajah sang kekasih
yang selalu hadir di setiap penjuru taman hatiku
dan memabukkan diri ini di hamparan permaidani biru
dalam kelembutan dakap kasih mesra cinta-Nya
kasih...
ku bisikan rindu kepadaMu
dalam kelembutan desah nafas sepoi sang bayu
satukanlah diriku
dengan Keabadian Cahaya cinta-Mu
untuk selamanya...

Wednesday, July 13, 2011

buatmu temanhidupku..

terima kasih teman..
yang sentiasa setia bersamaku
yang sentiasa tersenyum dan riang bersamaku
temanku..
saat aku berduka kau datang kepadaku
apakah kau faham apa yang ku rasa
saat aku mengalirkan airmata
memendam sejuta rahsia dan rasa
kau hadir membawa rasa bahagia
temanku..
terima kasih atas masa dan tenaga
yang engkau korbankan bersama ku
terima kasih atas segala jasa yang engkau curahkan buatku..
temanku..memori itu terlalu indah
kenangan itu terlalu manis
mana mungkin aku bisa melupakannya dalam hidupku..
temanku..tiada perkataan atau ayt untuk ku lafazkan mengungkpa kebahagian di sampinmu..
temanku..di sana
distinasi itu kita berkongsi rasa dan emosi bersama..
temanhidupku...TERIMA KASIH..

buatmu temanhidupku..

RAPUH-opick ..ku tujukan buat diriku sendiri

saat aku sendiri menghayati erti hidup ini..aku bisa lemah dan goyah memikirkan dosa-dosaku semalam..TUHAN, andia bisa aku menulis surat cinta buatMU..TUHAN, aku tidak mampu untuk semua itu..hanya airmata teman setia untuk ku rungkai erti dan kisah hidupku..
DETIK WAKTU TERUS BERJALAN
BERHIAS GELAP DAN TERANG
SUKA DUKA TANGIS DAN TAWA TERGORES BAGAIKAN LUKISAN
seribu mimpi berjuta sepi
hadirlah bagai teman sejati
di antara lelahan jiwa
dalam resah dan airmata
KU PERSEMBAHKAN KEPADAMU
YANG TERINDAH DALAM HIDUPKU
meskiku rapuh dalam langkah kadang tak setia kepadaMU
namun cinta dalam jiwa, HANYA PADAMU
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMU
dalam dada ku harap hanya DIRIMU YANG BERTAKHTA..

TUHAN..izinkan aku

Tuhan,
izinkan aku memandang cinta
walau hanya dari kejauhan
izinkan aku dekati cinta
walau hanya dalam kebisuan
Tuhan,
izinkan aku membisik rindu
bira hanya bergema di relung hati
izinkan aku menitip kasih
biar hanya berbekas di dada malamk
Tuhan,
izinkan aku menyentuh cinta
lewat lafaz zikrullah
seiring degupan jantung ini
seiring denyutan nadi ini
seiring helaan nafas ini
Tuhan,
biarlah cinta tak pernah berbalas
biarlah rindu mengundang sejuta pilu
tapi izinkan aku menyubur cinta
dengan detak lafaz zikrullah
kerana cinta kan terus mekar mewangi
indah seharum asma-MU Ya llahi
'musafir-bramton ontario'

Thursday, June 30, 2011

LEMAHNYA aku...

ya ALLAH, aku ingin menagis lagi..berada dalam keadaan sendiri membuatkan aku terlalu mengingati sesorang..ya ALLAH , andai aku bisa melupakan terus..ya ALLAH..hati ini tidak bisa melupakan dia..hati ini selalu mencari dia..hati ini selalu memikirkannya..hati ini selalu menyebut namanya..ya ALLAH, LEMAHnya aku ya ALLAH..maafkanlah, ampuni dirku ya ALLAH..

Wednesday, June 29, 2011

ANDAI BISA...

andai aku boleh menarik segala janji
aku ingin sekali menariknya semula,
kerana aku mula sedar..aku tidak layak menjanjikan apa-apa
andai aku boleh memadamkan ingatan semua orang terhadapku
aku ingin sekali memadamnya
Kerana aku mula sedar,
yang aku hanya dunia yang membiak di hati mereka
Andainya aku boleh mengundurkan waktu,
aku tak mahu menyayangi sesiapa...
kerana, aku mula sedar,
aku terlalu menyayangi sesorang...
aku hanya memikirkannya...
subhanallah...

~life & me ~: Cerita rasa rahsia hati;

~life & me ~: Cerita rasa rahsia hati;: "Kami merobek kisah rahsia hati, yang hanya lebih TAHU adalah DIA. Bukan sekadar senyuman yang ku berikan, Malah keikhlasan dalam senyuman..."

~life & me ~: Cerita rasa rahsia hati;

~life & me ~: Cerita rasa rahsia hati;

suatu ketika...yg pertama

aku hanya duduk sendiri mengenag situasi semalam apabila seorg sahabatku ingin bertemu untuk meminta nasihat ...'abg janji syg, demi ALLAH, syg adalah cinta sejati abg.syg adalah permaisuri hidup abg dunia akhirat'..aku termangu apabila mengimbsa kembali semua kenangan itu..kadang-kadang aku tersenyum seketika, aku tertawa..begitu mudah untuk lepaskan kata-kata manis di bibir, tapi amat sukar untuk dilaksanakan..kenapa harus diluahkana kata2 itu.terlalu berat, terlalu dalam. kenapa perlu berjanji andai tidak mampu untuk dilaksanakan. guys, bukan aku berniat untuk memandang serong pada insan yg bernama 'lelaki'..aku seorang pengagung lelaki , malah meletakkan lelaki sebagai seorang di tempat yg mempunyai martabat yg tinggi..kenapa perlu ada dusta dalam sesuatu perhubungan?

Tuesday, June 28, 2011

tentang kita

hari ini dan semalam, aku tetap seperti dulu..masih lagi dgn kesetiaan yg entah bila lg akan hilang. aku tahu, tidak wajar untuk terus begini. aku tahu, tidak wajar untuk aku terus berpendirian begini. kenapa tidak sahaj aku terus biarkan berlalu peristiwa duka yang melukakan ini..aku bukan bebini..biarkan aku terus begini..biar masa yang memandamkan segala perasaanku pada dia..biarkan hatiku terus teguh dan setia begini..aku tak kan kisah apa pun dan siapa pun yang berkata-kata...biarkan ku di sini

hati ku di sini

hari-hari yg ku lalui sangat derita
mungkin ini adalah atas dosa semalam yg telah ku lewati...
hanya airmata peneman setia
hati yg kuat telah layu
kecewa yg melemahkan diri
tiada makna untuk merenung lagi
tiada makna mengejar lagi
tiada makna berlari...
hanya membuang masa dan tenaga..
'anakku, kau telah di aniayai..setia yg telah dikhianti tiada guna..
....
wahai hati yg dilukai
serahkan dirimu pada MAHA PENCIPTA..
DIA maha adil..yakinlah..